TENTANG KAMI

/TENTANG KAMI
TENTANG KAMI 2017-06-10T15:37:14+00:00

Nama sebenar beliau adalah Puan Zaiti Noordin.

Lebih sinonim dikenali sebagai Pn. Zeety Pakar Aura.

Beliau berkelulusan dalam bidang Public Admin dan Major dalam public relation dan Marketing Technique & Certified, dan suka dinyatakan di sini, beliau telah berkhidmat disalah sebuah organisasi antarabangsa yang beroperasi di Malaysia sebagai General Manager.

Beliau juga adalah usahawan wanita yang aktif semenjak 9 tahun yang lepas di dalam pelbagai bidang perniagaan. Antara bidang pernigaan yang telah diceburi ialah dalam perniagaan butik, akademi tarian & motivasi untuk kanak-kanak cilik. Pada 6 tahun lepas, beliau telah melibatkan diri dalam bidang research ingredient dan R&D Malaysia.

Maka inilah titik tolak permulaan Pn Zaiti dalam menjalankan kajian secara serius dan terperinci tentang Mawar.

Dalam masa yang sama, semasa di R&D, Puan Zaiti juga dikenali sebagai Pakar Aura. Beliau juga bukan sahaja aktif sebagai Pakar Aura, namum menjadi tenaga pengajar di beberapa buah akademi.

Beliau juga sering dijemput menjadi penceramah di dalam bidang motivasi dan aura. Kini, seminar beliau menjadi fenomena wanita masa kini, iaitu “Bicara Aura Bersama Puan Zaiti” dan “Seminar Aura di Hati”..

Apa yang lebih membanggakan adalah, beliau juga merupakan pengasas kepada beberapa produk yang dihasilkan sendiri dengan hanya berasaskan Mawar, segar dan suci, di bawah kawalan HALAL JAKIM dan SLDN Malaysia.

 

Maka terhasillah produk yang menjadi kebanggaan dan menjadi top seller pada tahun 2012 hinggalah tahun 2015. Alhamdulillah, beliau kini semakin dikenali ramai kerana percikkan auranya, iaitu “Serum Mawar Anti-Aging – Magis Aura Mawar”.