Punca Dan Petua Untuk Merawat Kulit Sensitif

Punca Dan Petua Untuk Merawat Kulit Sensitif – Masalah kulit sensitif tak pernah ada penyelesaian. Dalam 10 orang mesti ada 5 orang yang mengalami masalah kulit sensitif yang teruk dan tak ada penyelesaiannya. Masalah seperti ini wujud kerana mereka yang mengalami masalah kulit muka sensitif tidak pernah tahu atau tidak ambil berat tentang punca-punca kulit mereka menjadi sensitif. Mereka hanya fokuskan kepada penyelesaian masalah kulit sensitif. Walhal, jika tidak pernah tahu tentang punca-punca kulit sensitif tidak dinafikan jika masalah kulit sensitif akan kembali berulang dan tidak pernah selesai.

Kulit cantik dan licin

Ketahui PUNCA kulit sensitif :

  1. Ketidakseimbangan Hormon – Untuk pengetahuan semua, ketika kita mengalami tekanan dan bebanan kerja atau masalah yang lain, kulit kita akan menjadi sensitif. Ini kerana perubahan hormon kita yang tidak stabil. Ia juga berlaku ketika tempoh kehamilan dan peningkatan usia.
  2. Perubahan cuaca – Perubahan iklim cuaca yang berubah-ubah juga dapat mempengaruhi kadar penghasilan minyak sehingga menyebabkan kulit sensitif. Jangan sangka kulit sensitif hanya terjadi ketika cuaca panas sahaja, kulit sensitif juga terjadi jika kita terdedah kepada sejuk yang melampau dan menyebabkan kulit kita akan menjadi kering, gatal dan sensitif.
  3. Penggunaan produk kecantikan yang tidak sesuai – Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam produk kecantikan menyebabkan kulit mudah terhakis pada kulit perlindungan. Ia menipiskan lapisan kulit sehingga urat-urat kapilari merah pada sekitar wajah akan timbul. Kandungan bahan kimia tersebut juga akan merosakkan bahagian kulit paling dalam, itu akan mengambil masa yang lama untuk kulit sensitif kembali pulih.
  4. Pola pemakanan yang salah – Kekurangan nutrisi yang cukup dan kekurangan air yang diperlukan tubuh badan juga akan mengakibatkan kulit kering, sehingga paras sensitiviti meningkat. Makanan yang kurang sihat seperti makanan bergoreng dan makanan berminyak juga akan meningkatkan paras sensitiviti kulit.
  5. Tiada pelindungan pancaran UV – Ketika kulit kita terkena cahaya UV, pembentukan kolagen pada kulit menjadi tidak sempurna, pigmen dan melanin kulit juga menyebabkan proses penuaan terjadi lebih awal

 

Secara ringkasnya di atas adalah PUNCA-PUNCA kulit menjadi sensitif. Ketahui dan fahami punca-punca kulit sensitif supaya kita boleh rawat kulit sensitif dengan cara yang betul bergantung kepada punca sebenar terjadinya kulit sensitif.

Cara Merawat Kulit Sensitif – Jangan risau darlings kulit sensitif boleh dirawat ! Caranya sangat mudah dan selamat untuk kulit kembali mendapatkan segala kebaikan dan kembali pulih dan sihat.

  1. Gunakan pelembap wajah – Untuk yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif gunakan kaedah ini untuk kembali lembapkan kulit. Sebahagian besar kulit mempunyai kira-kira 80 peratus air, tetapi permukaan kulit hanya menampung hingga 30 peratus air sahaja. Untuk menyembuhkan dan melindungi kulit wajah sensitif dari keradangan dan jangkitan, maka kelembapan di lapisan permukaan perlu untuk dipertahankan. Pelembab mengembalikan kelembapan kulit wajah. Elakkan pelembap yang mengandungi minyak yang berlebihan.
  2. Gunakan Sun Protector Factor (SPF) – Sun Protector/Sunscreen atau Sun Block sebenarnya amat penting untuk kulit. Sun Protector berfungsi untuk melindungi kulit kita dari terdedah dengan pancaran matahari. Untuk menjaga kolagen dan melanin dalam kulit wajah kita, lebih baik untuk melindungi dengan Sun Protector. Gunakan Sun Protector yang mengandungi SPF 30 dan ke atas. Elakkan Sun Protector yang yang mengandungi wangian, bahan berasid dan minyak.
  3. Pilih pembersih muka yang sesuai – Ramai orang menggunakan pembersih untuk menghilangkan lebihan minyak dan kotoran. Namun, tak ramai memilih produk yang benar-benar sesuai dengan wajah. Jika kita dah memakai produk itu lebih enam bulan tetapi masih tiada perubahan, mungkin produk itu tidak sesuai untuk kita.
  4. Elakkan pemakaian scrub muka dengan kerap – Walaupun kita mencuci wajah dua kali sehari, cara yang terbaik adalah tidak menggunakan scrub wajah lebih daripada sekali atau dua kali seminggu. Untuk seseorang dengan kulit sensitif, cucilah dengan lembut, dan kurangkan penggunaan scrub yang boleh merangsang kulit kita.
  5. Produk kosmetik yang selamat – Pilih produk kosmetik yang sesuai. Pilih produk yang tidak hanya mempunyai antioksidan yang kuat, tetapi juga bahan-bahan anti keradangan. Cuba menggunakan serum. Ia bukan hanya mengandungi vitamin C yang baik untuk pertahanan kulit, tetapi juga mengandungi antioksidan.
  6. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang – Perkayakan makanan kita dengan pengambilan rempah-rempah anti keradangan, misalnya kunyit, halia, kayu manis dan lada hitam. Manfaatkan rempah-rempah untuk mengurangkan keradangan pada kulit, dan mencegah garis-garis halus dan kedutan. Elakkan mengambil makanan yang tidak sesuai dengan kita jika kita mengalami masalah alergik. Elakkan makanan bergoreng atau berminyak, lebih baik ambil makanan yang natural dan tanpa proses.

 

Amalkan dan konsisten rawatan kulit sensitif selama sebulan dan awak akan nampak kesannya yang sangat memuaskan ! Tiada lagi kulit sensitif, diri terasa lebih yakin dan bersemangat !

 

By | 2017-08-14T03:53:47+00:00 August 14th, 2017|ARTIKEL TERKINI|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment