Mudahnya ! Cara Paling Senang Jaga Kulit Muka

Mudahnya ! Cara Paling Senang Jaga Kulit Muka – Wajah anda mencerminkan diri anda. Kulit wajah yang bersih berseri menunjukkan penampilan seseorang itu dalam menjaga penampilan diri. Wajah anda semestinya anugerah dari Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menghargai anugerah Allah.

Tapi di zaman sekarang, semua orang terlalu sibuk membuatkan mereka tiada masa untuk menjaga kulit muka dengan sebaiknya. Ikut tips ringkas yang sangat mudah dan berkesan ni, InsyaAllah.

Cara mudah menjaga kulit muka

  1. CUCI MUKA DUA KALI SEHARI

Mestilah kita ada masa sekurangnya dua kali untuk mencuci muka. Sekali mencuci selepas bangun tido dan sekali sebelum masuk tido.

Wajah perlu dicuci selepas bangun tido bagi membuatkan kulit muka segar setelah bangun tido, kemudian WAJIB dicuci pada setiap malam sebelum tido setelah seharian kulit kita terdedah dengan cuaca luar. Sudah tentu sepanjang hari kita kulit muka kita dah terdedah dengan kekotoran dan juga kuman jadi untuk selamatkan kulit muka menjadi penghuni kuman dan juga jerawat, amalkan mencuci muka cuma dua kali sehari.

2. JANGAN CAMPUR PRODUK SESUKA HATI

Kita tak tahu 100% bahan yang ada dalam setiap produk yang kita pakai. Mungkin bahan-bahan daripada jenis-jenis produk yang kita pakai ada risiko kalau bercampur dan berikan kesan negatif pada kulit muka kita. Jadi lebih baik kita PILIH hanya 1 produk dan kenalpasti bahan bahan yang terkandung dalam produk yang kita gunakan.

3. KONSISTEN DENGAN PRODUK PENJAGAAN MUKA

Setelah YAKIN dengan bahan bahan produk yang kita dah pilih untuk dijadikan produk penjagaan wajah kita, KONSISTENkan dalam rutin harian. Kesan sesuatu produk takkan nampak dalam seminggu tapi mungkin selepas sebulan. Jadi untuk dapatkan kesan yang puas hati, KONSISTEN pemakaian produk selama sebulan untuk dapatkan kesan. Setelah berjaya dapatkan kesan POSITIF, teruskan penggunaan. Tapi jika dapati kesan yang NEGATIF, terus hentikan penggunaan serta merta.

4. KURANGKAN MENYENTUH MUKA

Sepanjang hari, jari dan tangan menyentuh berbagai objek dan objek yang disentuh terdapat kuman dan bakteria. Kuman dan bakteria itu akan melekat pada jari dan tangan kita dan bayangkan jika jari dan tangan kita menyentuh kulit muka kita ? Kuman dan bakteria akan melekat pada kulit muka kita dan akhirnya menjadi tempat tinggal kuman dan bakteria. Percaya atau tidak, hanya kerana selalu menyentuh muka buatkan kulit muka kita berjerawat dan sensitif.

Jadi kurangkan tabiat menyentuh kulit muka supaya kulit muka kita tak terdedah dengan kuman.

Tips mudah dan senang ni boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja mahupun yang terlalu sibuk atau mempunyai banyak masa lapang.

 

Mula menjaga penampilan diri anda sekarang agar tampak lebih konfiden dan bersih !

By | 2017-08-04T03:09:03+00:00 August 4th, 2017|ARTIKEL TERKINI|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment