Petua ‘Jinakkan’ Kulit Muka Sensitif.

Petua ‘Jinakkan’ Kulit Sensitif –  Kulit sensitif sejenis kulit yang memiliki permukaan yang nipis dan sangat peka terhadap keadaan sekitar, baik suhu ataupun iklim serta produk kosmetik tertentu. Dengan keadaan yang tersebut orang yang memiliki kulit wajah  sensitif akan terdedah dan terkesan terhadap iritasi, alergi gatal yang kemerah-merahan. Selain mudah gatal, kulit sensitif pada umumnya juga mudah berminyak dan berjerawat. Oleh sebab itu, cara perawatan kulit wajah  sensitif agak berbeza dengan perawatan jenis kulit yang lain.

Tips rawat kulit sensitif1. Bunga Mawar dan Timun mampu membantu merawat kulit yang sensitif secara natural dan selamat. Dengan khasiat serta kaya dengan vitamin yang khusus untuk kulit, mampu meredakan keradangan kulit wajah serta mengawal masalah kulit sensitif.

Cara penggunaannya : Rendamkan mawar dan timun dalam air bersih  semalaman kemudian di esok hari celupkan kapas muka ke dalam rendaman mawar dan timun. Sapukan secara lembut pada seluruh kulit muka terutama di bahagian yang paling bermasalah. Pastikan persekitaran bersih dan gunakan kapas muka yang bersih.

Amalkan selama seminggu pada setiap hari. Anda akan mula rasa kulit muka kembali sihat dan segar.

 

2. Gunakan pencuci muka yang khas untuk kulit sensitif. Pastikan label pada produk ada tertulis ‘for sensitive skin’. Elakkan menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia kerana itu akan merosakkan lagi kulit muka kita. Pada awal pemakaian produk bahan kimia anda tak akan nampak kesan buruknya pada wajah kerana kimia merosakkan kulit dari dalam.

 

3. Membersihkan muka setelah seharian bersolek adalah sangat penting bagi yang mempunyai masalah kulit sensitif. Fahami bahawa ketika kulit muka kita disolek, bahan bahan solekan akan menutup ruang penafasan kulit atau liang pori. Apabila liang pori tersumbat, terjadinya masalah kulit muka berjerawat dan sensitif. Oleh sebab itu perlu untuk kita membersihkan solekan agar liang pori wajah tidak tersumbat.

 

4. Elakkan pemakaian skrub muka atau produk penjagaan yang megandungi biji-bijian. Kerana tekstur itu akan menyebabkan kulit muka teriritasi tambahan pula bagi kulit muka yang berjerawat. Penggunaan produk jenis bijian akan merosakkan lagi kondisi kulit muka yang berjerawat dan akhirnya akan tertinggal parut pada permukaan kulit.

 

5. ‘Sunblock’ atau ‘Sun protection’ adalah sangat penting untuk melindungi kulit muka dari terdedah kepada cahaya matahari atau UV. Jika dibiarkan kulit muka terdedah kepada cahaya matahari akan terjadinya flek-flek hitam ataupun lebih dikenali dengan jeragat. Tanpa ‘Sun Block’, kulit muka akan sendirinya melindungi kulit dari cahaya matahari dengan cara mengeluarkan minyak dari dalam kulit. Tetapi minyak itu akan tertinggal pada permukaan kulit dan kemudian akan menyebabkan jeragat.

Akibat selalu terdedah dengan cahaya matahari, minyak yang keluar dari dalam kulit muka yang berfungsi untuk melindungi kulit akan makin berkurangan dan kulit menjadi semakin nipis dan akhirnya terjadinya masalah kulit sensitif. Kesimpulannya, pemakaian ‘Sun Block’ adalah amat penting untuk semua jenis kulit.

By |2017-08-01T02:48:47+00:00August 1st, 2017|ARTIKEL TERKINI|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment